Penikung.com - Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia..
Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib
bagi sesiapa yang mengunjugi China.. Tetapi adakah anda tahu dimanakah
letaknya hujung Tembok China?
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti
Ming.. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan
batu-batan.. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda
Negeri China.. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama.. Fungsi utama tembok
ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara..
Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China..
Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di
Shanhaiguan.. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old
Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou.. Hujungnya terapung di
permukaan Laut Bohai.. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana
kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil..
Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300
kilometer sebelah timur Beijing.. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer,
bermuara langsung ke laut Bohai..
Source : http://www.penikung.com/2012/10/ada-apa-di-penghujung-tembok-besar-china.html